Laluan penyebaran Sumbangan_Islam_kepada_Eropah_Zaman_Pertengahan

Maklumat lanjut:Terjemahan Latin pada abad ke-12 dan Budaya Arab-Norman

Tabula Rogeriana, karya Al-Idrisi untuk Roger II dari Sicily pada tahun 1154 M, satu daripada peta dunia silam paling maju.

Titik perhubungan antara dunia Eropah dan Islam berganda pada Zaman Pertengahan. Titik penyebaran utama pengetahuan Islam ke Eropah adalah di Sicily, dan di Sepanyol, terutama di Toledo, Sepanyol (dengan Gerard dari Cremona, (1114–1187), susulan penaklukan bandar itu oleh orang Sepanyol Kristian pada tahun 1085). Di Sicily pula, berikutan penaklukan pulau itu oleh Islam pada tahun 965 dan penaklukan kembali oleh Norman pada tahun 1901, timbul budaya Arab-Norman yang diteladani pemerintah-pemerintah seperti Roger II, yang mempunyai tentera, penyair dan ahli sains Islam di istananya. Muhammad al-Idrisi, seorang berbangsa Maghribi, telah menulis Tabula Rogeriana ataupun "Buku Berkaitan Penjelahan Selesa ke Tanah Jauh" untuk Roger.[2]

Perang Salib turut meningkatkan pertukaran idea dan budaya antara Eropah dan Levant, dengan republik lautan Itali memainkan peranan besar dalam pertukaran ini. Di Levant, seperti bandar Antioch, budaya Arab dan Latin bercampur-gaul dengan pesatnya.[3]

Semasa kurun ke-11 dan kurun ke-12, ramai ilmuan Kristian mengembara ke tanah Muslim untuk mempelajari sains. Contoh terkenal termasuk, Leonardo Fibonacci, Adelard dari Bath dan Constantine dari Afrika. Juga, dari kurun ke-11 hingga ke-14, ramai pelajar Eropah menghadiri pusat pembelajaran Muslim (yang pengarang namakan "universiti") bagi mempelajari ilmu perubatan, falsafah, matematik, kosmografi dan subjek lain.[4]

Rujukan

WikiPedia: Sumbangan_Islam_kepada_Eropah_Zaman_Pertengahan http://bahai-library.com/cobb_islamic_contribution... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/195896/h... http://books.google.com/?id=CP6O3wkivMIC&pg=PA211&... http://books.google.com/books?id=Zo2UVs_Sr68C&pg=P... http://books.google.com/books?id=jgSNmsXG1jwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=pePPvGkGZDQC&pg=P... http://books.google.com/books?id=tsiIvJ16AU0C&pg=P... http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.history-science-technology.com/Articles... http://www.history-science-technology.com/Notes/No...